Sunday, March 28, 2010

Pakej jalur lebar untuk pelajar IPT

Pakej jalur lebar untuk pelajar IPT
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) melancarkan pakej jalur lebar terkini yang dikhususkan untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua menerusi produk Streamyx Cool UNI Pack.
Pakej terbabit menawarkan pelajar produk dua dalam satu merangkumi akses jalur lebar secara percuma dan netbook dengan bayaran RM50 sebulan selama dua tahun.
Streamyx Cool UNI Pack itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini sempena Pelancaran Digital Pekan 1Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pakej Streamyx Cool UNI Pack yang ditawarkan untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu merangkumi pakej jalur lebar, netbook dan modem tanpa wayar dan akaun Streamyx Zone.
"Bukan itu saja, pelajar boleh memindah turun 50 lagu sebulan selama 12 bulan dari laman web muzik TM iaitu HyppTunes," katanya.
Malah, pelajar juga diberi diskaun sebanyak 50 peratus dari kadar langganan untuk yuran bulan pertama dan dikecualikan daripada yuran pengaktifan berjumlah RM75 serta yuran pemasangan berharga RM88.
"Bagaimanapun, sekiranya pelajar memerlukan lebar jalur yang lebih tinggi, mereka boleh memilih pakej dengan kelajuan tinggi bermula dari 512Kbps hingga 4Mbps dengan tambahan penambahan yuran minimum dari hanya RM15 sebulan," katanya.
Menurut Zamzamzairani, TM menyedari keperluan pelajar mendapatkan akses Internet untuk keperluan pembelajaran namun terikat dengan bajet yang ketat.
"Pakej jalur lebar dan komputer yang baru dan mampu dimiliki ini disasarkan bagi meningkatkan kadar penembusan jalur lebar sejajar dengan agenda nasional untuk mencecah 50 peratus dari seisi rumah pada akhir 2010," kata Zamzamzairani.
TM kini mempunyai lebih 2,000 lokasi Streamyx Zon di seluruh negara meliputi kawasan awam di bandar utama seperti pusat beli-belah, restoran, lapangan terbang, hotel, kampus universiti, hospital, kelab golf, pusat konvensyen dan lokasi lain.

Thursday, March 25, 2010

Multiplexing

Multiplexing
Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa - multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa - multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar

Internet Jalur Lebar

Internet jalur lebar
Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.
Kelebihan
Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi

Jalur Lebar

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).